Friday 9 November 2012

Peribahasa Melayu



1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

20. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

21. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

22. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


25. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

26. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

27. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

28. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

29. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

30. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

31. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

32. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

33. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

34. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

35. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

36. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

37. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

38. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

39. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

40. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

41.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

42. berbesar hati
Maksud : Gembira.

43. anak buah
Maksud : a. Anak saudara.    b. Pekerja di bawah jagaan kita.

44. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

45. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

46. batu penghalang
Maksud : Halangan

47 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud  :  orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

48. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud  :  a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

58 comments:

  1. Salam cikgu azma. Peribahasa ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan cuti sekolah saya .Terima kasih . Blog yang menarik . Teruskan usaha cikgu!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ini yang sangat membantu saya dalam pdp ..minta dihalalkan


    ReplyDelete
  3. Baik Untuk Perkembangan Bahasa Melayu/Pribahasa..

    ReplyDelete
  4. Hi Cikgu azma peribasa ini membantu saya dalam peperiksaan upstairs I am proud of you

    ReplyDelete
  5. Tak ada ke peribahasa ialah
    1Mendenger guruh di lansir ,air dalam tempatan dicurah.🤔

    ReplyDelete
  6. No.1 dengan no.37 sama...

    ReplyDelete
  7. Makna bagi ayt ni pa. "lihatlah mereka sudah beberapa kali dinasihatkan oleh cikgu tetapi mereka masih berdegil lagi.

    ReplyDelete
  8. mohon share cikgu...saya doakan cikgu bahagia dan murah rezeki..

    ReplyDelete
  9. lol mustaqim

    ReplyDelete
  10. Ada banyak peribahasa😀😀😁😁😁

    ReplyDelete
  11. Tq 😁😁 sbb kongsi
    👍👍

    ReplyDelete
  12. Thanks for give this peribahasa

    ReplyDelete
  13. Perlukan lebih banyak peribahasa utk rujukan....0167421659

    ReplyDelete
  14. bagus😅👍👍👍.sesuai untuk digunakan dalam peperiksaan.

    ReplyDelete
  15. Hi, terima kasih krna berkongsi peribahasa ni. Bagus sangatlah.

    ReplyDelete
  16. apakah maksud seperti lipas kudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud seperti lipas kudung adalah cekap dan pantas melakukan sesuatu

      Delete
  17. Seperti cacing?? Saya tak faham?boleh kah saya tahu apakah jawapan itu..kawan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud seperti cacing adalah tidak tenang dan gelisah

      Delete
  18. Tq cikgu Azma peribahasa ini sangat membantu saya 😘😘😘

    ReplyDelete
  19. bagai layang-layang terputus talinya

    ReplyDelete
  20. Ada yg tak dek saya cari😨😨😨

    ReplyDelete
  21. Cikgu kena ada lagi banyam peribahasa ! Teruskan usaha ye 😅

    ReplyDelete
  22. Cikgu ada yang tak de lah

    ReplyDelete
  23. Hai Saya tidak jumpa manis mulut

    ReplyDelete
  24. cikgu apa sambungan seperti melukut dan seperti abu

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum cikgu , saya mohon share ye. terima kasih atas perkongsian. Semoga cikgu dimurahkan rezeki seluas lautan.

    ReplyDelete