Thursday 8 November 2012

KATA MAJMUK



Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.

II.Ada tiga kelompok kata majmuk.

A.Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya:
gambar rajah                        alat tulis
biru laut                                  bandar raya
air hujan                                 tengah hari
jalan raya                              meja tulis
nasi minyak                            jam tangan
terima kasih                           bom tangan
luar biasa                               kapal terbang
merah muda                         kuning langsat

Di dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran.
Contohnya :
Perdana Menteri                 Ketua Menteri
Penolong Pendaftar           Naib Canselor
Raja Muda                          Profesor Madya
Setiausaha Politik                Duta Besar
Timbalan Ketua                  Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

b.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus .
Contohnya:
model linear                        hak milik
garis pusat                           mata pelajaran
telefon dail terus                 pita suara
lesung sendi                        darah panas
kanta tangan                     kertas kerja
segi tiga                               batu kapur
cari gali                               atur cara
lut sinar                                urus setia

c.Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam                            anak emas
buah hati                             bulan madu
duit kopi                               manis mulut
makan angin                      tumbuk rusuk
pilih kasih                             berat tangan

Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh.
Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:
  
1.      antarabangsa   
2.      beritahu    
3.      kakitangan    
4.      kerjasama  
5.      setiausaha     
6.      sukarela    
7.      olahraga    
8.      matahari  
9.      suruhanjaya     
10.  jawatankuasa      
11.  tandatangan  
12.  tanggungjawab    
13.  warganegara     
14.  pesuruhjaya

Penggandaan kata majmuk
Melibatkan penggandaan unsur pertama
sahaja.
Cth: alat-alatulis, suku-sukukata,garis-garispusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaanya melibatkan keseluruhan unsur

Cth: pesuruhjaya-pesuruhjaya,
setiausaha- setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan.

Terdapat dua bentuk:

i. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
cth:  

1.      campur aduk ----- bercampur aduk  
2.      ambil alih ----- mengambil alih  
3.      daya serap ----- daya serapan
 
ii. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.  

Cth:  
1.      campur aduk ---- mencampuradukkan  
2.      daya serap ---- kedayaserapan  
3.      garis pusat ---- menggarispusatkan  
4.      urus niaga ---- diurusniagakan  
5.      satu padu ---- menyatupadukan

10 comments:

  1. Hai,Azmanharun.Sebagai murid tahun lima saya amat sokong awak punya blog.Saya harap awak teruskan menulis blogger.Bila saya baca awak punya blog,terus saya faham.Terima kasih sebab tulis blog ini ye.semoga murah rezeki.Aamin

    ReplyDelete
  2. Thank you sebab hantar blog ni.saya terus faham.

    ReplyDelete
  3. aaaaaahhhhhhh lari !!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Dalam buku teks tahun 5 muka surat berapa ye

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Mohon izin untuk digunakan mengajar murid.

    ReplyDelete