Golongan
kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
Kata Nama
Am:
Kata Nama Am
ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum
sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata
nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata
nama am abstrak dan
kata
nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am
Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am
Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
Kata Nama
Khas:
Kata Nama
Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah
kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan
huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama
khas hidup dan kata nama khas tak
hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas
hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama
khas hidup manusia dan
kata
nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
Manusia
|
Binatang
|
Tempat
|
|
Kata Nama Am
|
murid
|
burung
|
pasar
|
pekebun
|
kucing
|
padang
|
|
Kata nama khas hidup manusia
|
Kata nama khas hidup bukan manusia
|
Kata nama khas tak hidup
|
|
Kata Nama Khas
|
Ahmad
|
Lassie
|
Pahang
|
Edelina
|
Si Belang
|
Pulau Pinang
|
|
Chandran
|
Sang Kancil
|
Gunung Tahan
|
Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Nama Diri Pertama
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
Aku
|
Merujuk kepada diri sendiri
|
Aku hendak pergi ke perpustakaan
|
Beta
|
Digunakan oleh kerabat diraja
|
Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
|
Hamba
|
Merujuk kepada diri sendiri
|
"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata
Hang Tuah
|
Kita
|
Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua
|
"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata
Ahmad kepada Azri.
|
Kami
|
Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata
Amin dan Ali kepada Zulkifli.
|
Saya
|
Merujuk diri sendiri
|
Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2
Arif.
|
Kata Ganti Nama Diri Kedua
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
Anda
|
Merujuk diri orang kedua
|
Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
|
Awak
|
Merujuk diri orang kedua
|
Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
|
Engkau
|
Merujuk diri orang kedua
|
Engkau hendak
pergi ke kedai buku?
|
Kamu
|
Merujuk diri orang kedua
|
Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.
|
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
Beliau
|
Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati
|
Beliau dilantik
menjadi pegawai penerangan.
|
Baginda
|
Digunaan untuk kerabat diraja
|
Baginda telah
berangkat ke luar negeri.
|
Dia
|
Digunakan untuk diri orang ketiga
|
Dia datang awal ke pejabat sekolah
|
Mereka
|
Bilangan orang lebih daripada seorang
|
Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.
|
Banyak info yang boleh dipelajari. Teruskan.
ReplyDeleteBlog yang menarik .Selain itu, nota-nota tentang tatabahasa dapat membantu saya semasa membuat latihan . Terima kasih cikgu .
ReplyDeleteOkey saya faham bagus 👍🏻
ReplyDelete