Friday, 30 November 2012

KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama 
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.  "Saya berdoa agar ____________ menjadi juara dalam pertandingan ini," kata jurulatih 
     itu kepada pemain-pemainnya,
     A.  kau
     B.  awak
     C.  kalian
     D.  kami

2.  " __________ harus menjaga nama baik keluarga," pesan opah kepada cucu-cucunya.
     A.  Kami
     B.  Saya
     C.  Kamu
     D.  Mereka

3.  Lebai Mahat dihormati kerana ____________ bukan sahaja seorang yang kuat 
     pegangan agama tetapi juga seorang yang pemurah.
     A.  baginda
     B.  beliau
     C.  hamba
     D.  anda

4.  "Jangan ___________ masuk ke dalam bilikku tanpa kebenaran," tegas Aiman kepada 
     Ramzan.
     A.  ku
     B.  kau
     C.  mu
     D.  daku

5.  Sultan Melaka begitumurka kerana Hang Jebat telah menderhaka kepada ___________ .
     A.  beta
     B.  baginda
     C.  patik
     D.  hamba

6.  Pesan ibu kepada kakak, "Semasa di perantauan nanti, jagalah diri ___________ 
baik-baik dan kirimlah berita buat kami di sisi."
     A.  daku
     B.  mu
     C.  ku
     D.  nya

7.  Pengemis itu akan merayu kepada __________ sahaja yang lalu di situ untuk 
mendapatkan wang.
     A.  siapa-siapa
     B.  mana-mana
     C.  bila-bila
     D.  apa-apa

8.  "Ayah dan ibu melarang kita pergi ke ___________ semasa mereka tiada," beritahu 
Faezah kepada adiknya.
     A.  apa-apa
     B.  bila-bila
     C.  siapa-siapa
     D.  mana-mana


JAWAPAN
1.C     2.C     3.B     4.B     5.B     6.B     7.A     8.D



3 comments:

  1. Latihan yang memberangsangkan . Dapat membantu adik-adik saya membuat latihan semasa cuti .Terima kasih .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum . Saya telah cuba membuat latihan ini . Latihan ini dapat membantu mengisi masa lapang saya semasa cuti . Terima kasih cikgu .

    ReplyDelete
  3. Baik, sama-sama. Saya kan menambah lagi latihan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete