Buah Naga
Buah Istimewa
Nama
lain bagi buah naga ialah buah “pitaya”.
Buah eksotik ini berasal dari Mesir.
Pada kurun ke-18, buah ini dibawa ke Amerika Selatan dan telah
dikomersialkan. Kini, buah naga sangat
popular dan digemari oleh masyarakat tempatan.
Terdapat tiga jenis buah
naga. Setiap jenis buah ini berbeza dari
segi warna isi dan kulitnya. Nama
saintifik bagi buah naga yang berisi merah dan berkulit merah jambu ialah Hylocereus
polyrhizes. Buah naga berisi putih dan
kulitnya berwarna merah jambu pula ialah Hylocereus Undatus. Buahnya yang isinya berwarna putih dan
berkulit kuning ialah Selenicereus megalanthus.
Pokok buah naga ini serumpun
dengan kaktus. Oleh sebab itu, tumbuhan
ini tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup. Pokok naga ini akan hidup subur di kawasan
tanah berpasir. Selain itu, pokok ini
ditanam secara organic, iaitu tanpa menggunakan sebarang baja kimia atau racun
serangga.
Pada usia seawall enam bulan,
tumbuhan ini akan mula berbunga.
Tumbuhan ini berbuah sepanjang tahun tetapi akan berbuah dengan lebat
serta bersaiz lebih besar sekiranya mendapat taburan hujan yang sangat banyak.
Ada sesuatu yang unik tentang
tumbuhan ini, Bunga buah naga ini hanya
akan berkembang pada sebelah malam dan mula menguncup pada sebelah
paginya. Buahnya pula boleh mencapai
berat antara 150 gram hingga 500 gram.
Buah naga kaya dengan vitamin
C dan beta kerotin. Buah ini bukan
sahaja sedap dimakan mentah, malah dapat dijadikan jem, jus atau sirap. Buah naga kaya dengan pelbagai khasiat
terutamanya dalam membantu sistem penghadaman, mencegah kanser usus besar dan
penyakit diabetes serta merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, buah naga dapat meneutralkan
keracunan sumber logam, mengurangkan kolesterol, meringankan penyakit asma dan
melegakan batuk.
Baca soalan dan
pilih jawapan yang betul.
1. Apakah nama lain bagi
buah naga?
A. Komersial C. pitaya
B. Papaya D. Eksotik
2. Berapakah jenis buah
naga?
A. 2 C. 4
B. 3 D. 5
3. Rangkai kata ’ditanam
secara organik’ bermaksud....
A. Ditanam tanpa baja kimia
B. Ditanam tanpa baja kimia
dan racun
C. Ditanam dengan tanpa
racun
D. Tidak memerlukan air yang
banyak
4. Mengapakah buah naga
dikatakan unik?
A. Usianya enam bulan sudah
mula berbuah
B. Bunganya akan berkembang
pada sebelah pagi dan menguncup pada sebelah malam
C. Bunga buah naga akan
berkembang pada sebelah malam dan menguncup pada sebelah pagi
D. Buah naga akan berkembang
pada sebelah malam dan menguncup pada
sebelah pagi
5. Bagaimanakah buah naga
ini dapat membantu menjaga kesihatan?
A. Buahnya boleh dimakan
mentah.
B. Buah naga boleh dijadikan
pelbagai produk makanan.
C. Buah naga senang dihadam
D. Buah naga kaya dengan
vitamin c dan beta kerotin.
JAWAPAN
1.C 2.B
3.B 4.C 5.D
No comments:
Post a Comment