Monday, 3 December 2012

Buah Seribu Khasiat

Baca dan fahamkan petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Buah Naga Buah Istimewa
Nama lain bagi buah naga ialah buah “pitaya”.  Buah eksotik ini berasal dari Mesir.  Pada kurun ke-18, buah ini dibawa ke Amerika Selatan dan telah dikomersialkan.  Kini, buah naga sangat popular dan digemari oleh masyarakat tempatan.
Terdapat tiga jenis buah naga.  Setiap jenis buah ini berbeza dari segi warna isi dan kulitnya.  Nama saintifik bagi buah naga yang berisi merah dan berkulit merah jambu ialah Hylocereus polyrhizes.  Buah naga berisi putih dan kulitnya berwarna merah jambu pula ialah Hylocereus Undatus.  Buahnya yang isinya berwarna putih dan berkulit kuning ialah Selenicereus megalanthus.
Pokok buah naga ini serumpun dengan kaktus.  Oleh sebab itu, tumbuhan ini tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup.  Pokok naga ini akan hidup subur di kawasan tanah berpasir.  Selain itu, pokok ini ditanam secara organic, iaitu tanpa menggunakan sebarang baja kimia atau racun serangga.
Pada usia seawall enam bulan, tumbuhan ini akan mula berbunga.  Tumbuhan ini berbuah sepanjang tahun tetapi akan berbuah dengan lebat serta bersaiz lebih besar sekiranya mendapat taburan hujan yang sangat banyak.
Ada sesuatu yang unik tentang tumbuhan ini,  Bunga buah naga ini hanya akan berkembang pada sebelah malam dan mula menguncup pada sebelah paginya.  Buahnya pula boleh mencapai berat antara 150 gram hingga 500 gram.
Buah naga kaya dengan vitamin C dan beta kerotin.  Buah ini bukan sahaja sedap dimakan mentah, malah dapat dijadikan jem, jus atau sirap.  Buah naga kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya dalam membantu sistem penghadaman, mencegah kanser usus besar dan penyakit diabetes serta merendahkan tekanan darah tinggi.  Selain itu, buah naga dapat meneutralkan keracunan sumber logam, mengurangkan kolesterol, meringankan penyakit asma dan melegakan batuk.

Baca soalan dan pilih jawapan yang betul.
1.      Apakah nama lain bagi buah naga?
A.    Komersial                                      C.  pitaya
B.     Papaya                                        D.  Eksotik

2.      Berapakah jenis buah naga?
A.    2                                                    C.  4
B.     3                                                    D.  5

3.      Rangkai kata ’ditanam secara organik’ bermaksud....
A.    Ditanam tanpa baja kimia
B.     Ditanam tanpa baja kimia dan racun
C.    Ditanam dengan tanpa racun
D.     Tidak memerlukan air yang banyak

4.      Mengapakah buah naga dikatakan unik?
A.    Usianya enam bulan sudah mula berbuah
B.     Bunganya akan berkembang pada sebelah pagi dan menguncup pada sebelah malam
C.   Bunga buah naga akan berkembang pada sebelah malam dan menguncup pada sebelah pagi
D.    Buah naga akan berkembang pada  sebelah malam dan menguncup pada sebelah pagi

5.      Bagaimanakah buah naga ini dapat membantu menjaga kesihatan?
A.    Buahnya boleh dimakan mentah.
B.     Buah naga boleh dijadikan pelbagai produk makanan.
C.    Buah naga senang dihadam
D.     Buah naga kaya dengan vitamin c dan beta kerotin.


JAWAPAN
1.C     2.B     3.B     4.C     5.D   

Friday, 30 November 2012

KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama 
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.  "Saya berdoa agar ____________ menjadi juara dalam pertandingan ini," kata jurulatih 
     itu kepada pemain-pemainnya,
     A.  kau
     B.  awak
     C.  kalian
     D.  kami

2.  " __________ harus menjaga nama baik keluarga," pesan opah kepada cucu-cucunya.
     A.  Kami
     B.  Saya
     C.  Kamu
     D.  Mereka

3.  Lebai Mahat dihormati kerana ____________ bukan sahaja seorang yang kuat 
     pegangan agama tetapi juga seorang yang pemurah.
     A.  baginda
     B.  beliau
     C.  hamba
     D.  anda

4.  "Jangan ___________ masuk ke dalam bilikku tanpa kebenaran," tegas Aiman kepada 
     Ramzan.
     A.  ku
     B.  kau
     C.  mu
     D.  daku

5.  Sultan Melaka begitumurka kerana Hang Jebat telah menderhaka kepada ___________ .
     A.  beta
     B.  baginda
     C.  patik
     D.  hamba

6.  Pesan ibu kepada kakak, "Semasa di perantauan nanti, jagalah diri ___________ 
baik-baik dan kirimlah berita buat kami di sisi."
     A.  daku
     B.  mu
     C.  ku
     D.  nya

7.  Pengemis itu akan merayu kepada __________ sahaja yang lalu di situ untuk 
mendapatkan wang.
     A.  siapa-siapa
     B.  mana-mana
     C.  bila-bila
     D.  apa-apa

8.  "Ayah dan ibu melarang kita pergi ke ___________ semasa mereka tiada," beritahu 
Faezah kepada adiknya.
     A.  apa-apa
     B.  bila-bila
     C.  siapa-siapa
     D.  mana-mana


JAWAPAN
1.C     2.C     3.B     4.B     5.B     6.B     7.A     8.D



GOLONGAN KATA NAMA

LATIHAN KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.  Beliau mengucapakan selamat datang kepada semua ____________ yang hadir pada  
     malam itu.
     A.  pendatang
     B.  manusia
     C.  tetamu
     D.  majlis

2.  Kuih ___________ ialah sejenis kuih tradisional masyarakat Cina.
     A.  bahulu
     B.  muruku
     C.  bulan
     D.  belacan

3.  Menurut cerita nenek, suatu masa dahulu negeri itu diperintah oleh seorang 
     ____________   
     yang gagah perkasa.
     A.  mahaguru
     B.  maharani
     C.  maharaja
     D.  mahakaya

4.  Setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Hasrul 
     berkhidmat
     sebagai guru di sebuah kawasan ____________ di negeri Sabah.
     A.  pedalaman
     B.  pendalaman
     C.  pentadbiran
     D.  penempatan

5.  Para ______________ bencana alam bertungkus-lumus untuk memberikan pertolongan
     kepada mangsa-mangsa banjir di negeri itu.
     A.  sukarelawan
     B.  dermawan
     C.  budayawan
     D.  budiman

6.  Semua warganegara Malaysia harus patuh kepada ____________.
     A.  Dewan Rakyat
     B.  Dewan Negara
     C.  Rukun Malaysia
     D.  Rukun Negara

7.  Wau ialah sejenis permainan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat 
     Melayu di negeri _____________.
     A.  Selangor
     B.  Kelantan
     C.  Kedah
     D.  Johor

8.  _______________ akan mengadakan Pameran Angkasa Lepas sepanjang musim cuti
     persekolahan yang akan datang.
     A.  Tugu Negara
     B.  Zoo Negara
     C.  Pusat Sains Negara
     D.  Muzium Negara


JAWAPAN
1. C     2. C     3. C     4. A     5. A     6. D     7. B     8. C