Friday, 30 November 2012

GOLONGAN KATA NAMA

LATIHAN KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.  Beliau mengucapakan selamat datang kepada semua ____________ yang hadir pada  
     malam itu.
     A.  pendatang
     B.  manusia
     C.  tetamu
     D.  majlis

2.  Kuih ___________ ialah sejenis kuih tradisional masyarakat Cina.
     A.  bahulu
     B.  muruku
     C.  bulan
     D.  belacan

3.  Menurut cerita nenek, suatu masa dahulu negeri itu diperintah oleh seorang 
     ____________   
     yang gagah perkasa.
     A.  mahaguru
     B.  maharani
     C.  maharaja
     D.  mahakaya

4.  Setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Hasrul 
     berkhidmat
     sebagai guru di sebuah kawasan ____________ di negeri Sabah.
     A.  pedalaman
     B.  pendalaman
     C.  pentadbiran
     D.  penempatan

5.  Para ______________ bencana alam bertungkus-lumus untuk memberikan pertolongan
     kepada mangsa-mangsa banjir di negeri itu.
     A.  sukarelawan
     B.  dermawan
     C.  budayawan
     D.  budiman

6.  Semua warganegara Malaysia harus patuh kepada ____________.
     A.  Dewan Rakyat
     B.  Dewan Negara
     C.  Rukun Malaysia
     D.  Rukun Negara

7.  Wau ialah sejenis permainan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat 
     Melayu di negeri _____________.
     A.  Selangor
     B.  Kelantan
     C.  Kedah
     D.  Johor

8.  _______________ akan mengadakan Pameran Angkasa Lepas sepanjang musim cuti
     persekolahan yang akan datang.
     A.  Tugu Negara
     B.  Zoo Negara
     C.  Pusat Sains Negara
     D.  Muzium Negara


JAWAPAN
1. C     2. C     3. C     4. A     5. A     6. D     7. B     8. C

3 comments:

  1. Saya suke dngn blog ini krana warna pink merupakn warna kesukaan saya. Tambahan lagi, latihan-latihan ini sangt memberangsangkan... Syabas,cikgu

    ReplyDelete
  2. Saya telah membuat latihan ini. Jawapan yang diberi membolehkan saya membuat penyemakan segera. Betul semua. Terima kasih cikgu. Teruskan dengan latihan-latihan lain.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete